JellyPages.com

Followers

LOVE

Daisypath Anniversary tickers

KESAYANGAN


Salam semua :)

Apa khabar? sihat? alhamdulillah :)


untuk pengetahuan semua, inilah kesayangan aku dunia akhirat. Ibrahim Bin Hassan nama diberi. Terima kasih onyang lahirkan insan hebat ini ke dunia. Macam biasa, aku pasti lemah saat aku mengenangkan kesayangan aku ni *air mata menitik* :'( Besok 8 Sept, tarikh kelahirannya. Jikalau atok ada lagi di dunia ini pasti atok dah 91 tahun :( i miss you so much. Memang nangis bebetul aku ni weyy! lemah sangat hati aku ni. takde sape boleh ganti tempat atok dalam hati aku. aku pernah beberapa kali mimpi atok. aku selalu berdoa atok selalu muncul dalam mimpi aku. kadang-kadang, kalau aku sedih aku akan ambil gambar atok dan bercakap. seolah-olah bercakap dengan die :) walaupun aku tahu takkan la gambar tu nak bercakap balik dengan aku kan :')

aku ingat lagi masa kecik, aku pernah tanya atok ; well korang tawu kan kulit orang tua macam mane kann. aku pun tanyaa ; kenapa kulit atok macam ni? atok aku pun jawab ; atokk dahh tua dahhh. allahu, aku sebenarnya tak kuat. kat rumah aku, ada coat yang atok selalu pakai. warna kelabu. cucu-cucu atok ingat lagi x? then dulu atok suka pakai kemeja batik macam kat atas ni? hihi. tapi corak batik atok banyak macam corak batik indon :) pastu pakai kopiah, hihi ;)

atok menghembuskan nafas terakhir masa aku tingkatan 4. 1 April 2007. masa tu aku dok asrama. kalau tak silap aku masa tu hari ahad kott. hari tuu aku rasa lain sangat, seperti aku tahu :( aku ingat lagi masa dekat surau aku termenung. aku pandang jee siling atas. sampai ada senior tegur, tanya kenapa. aku kata takde pape. sebab aku tak boleh explain. then malam tuu macam biasa, prep ape sumee. act ada pengunguman panggil aku, parents aku datang jemput aku. tapi aku x dengar :( luruh jantung aku bila aku tahuu. pada hari nak kebumikan atok aku rasa aku kuat tapi sebenarnya tak :( malam sebelum tu aku tidur dekat dengan atuk buat kali terakhir ;( aku menangis saat aku cium atok buat kali terakhir. masa nak iring atok ke tanah perkuburan, aku ikut atok naik van jenazah. sekali lagi hati aku x kuat, aku menangis semahunya. aku rasa menyesal sebab tak sempat jumpa atok buat kali terakhir ;(

aku sebenarnya nak tulis pendek je, serba ringkas. tapi terpanjang berjela pulak :| happy birthday atok. wanie sayang atokk. sampai bila-bila. dunia akhirat :') semoga roh atok dicucuri rahmat. AL-FATIHAH



No comments:

Post a Comment